Saturday 18 October 2014

Allahuakbar !! bukannya satu tp 'DUA'..


Bila dah pregnant ni antara yang paling fobia ialah minum air gula dengan morning sickness..
Tak apa..jangan risau [pujuk diri*] Allah bagi semuanya extra..sabar..
 
kandunganku telah masuk 2 bulan..apa yang masuk dekat mulut semuanya muntah..nak gosok gigi pun muntah.. ermmm kenalah gosok sambil pejam mata x nak tengok ubat gigi dan tahan nafas je lah kan..hihihi
 memang tak boleh tahan muntah dari pagi sampai ke petang..dah lembik badan..
encik abang,bawa ke klinik..
sebab risau muntah terlalu teruk..cakap dengan doktor nak buat ultra sound..
doktor pun buatlah ultra sound on my belly..
tiba-tiba..
Dr.Rahimah bagi introduction dulu..
Jenggg !! Jeenggg !! Jenggg !! doktor senyum :)
Ibu..eerrrmm...?????? question mark banyak sangat..?? kenapa doktor ??ada masalah ke ??
Tahniah dik awak hamil 'KEMBAR'
[ 2 well separated sacs ]confirmed by doctor Rahimah
encik suami dengan abang hakim terkejut sambil senyum tersipu-sipu..
terkejut !! + plus happy :D + plus touching.. :'))))
= kepadaMU ku bersujud Ya Allah..


"Ya Allah.. Peliharalah kembarku...
permudahkanlah segala-galanya..thank you Allah for the rizqi.."
  Menitis air mata kegembiraan ini biarlah Allah yang tahu bertapa gembiranya hati kami sekeluarga disaat ini dengan penantian yang lama sungguh tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Eerrmm,dengan gembira bercampur 'risau bin keliru'.janganlah lepas ni ada lagi satu kantung pula.. dah jadi kembar 3 triplets nampaknya.
every months ibu dan ayah pergi jumpa doktor buat ultra sound sampailah really excited to know the gender both of our babies..
inilah dikatakan rezeki kami sekeluarga yang datang sungguh tidak diduga.Terutamanya,si abang amirul hakim lah yang dia minta selama ini menjadi kenyataan.Doa anak-anak syurga,sememangnya mujarab..sebab mereka tanpa dosa,tidak berdusta.Masa tu lah yang bermain difikiranku...eermm,,bagaimana boleh terjadinya kembar ? tak ada pun dalam keturunanku dan suami.sedangkan masa scan sebulan nampak seketul je..masuk 2 bulan ada 2 ketul pula..wokehh,tak mahu pertikaikan tentang keajaiban kejadian kembar ni dibenak fikiran.semua telah diatur oleh penciptaNya.
terfikir lagi dalam hati ni macam mana nak jaga kembar dalam satu-satu masa..??
 berapakah budget untuk sikembar..??
nak bagi susu ibu atau susu formula..?? cukupkah susu nak supply on demand for 2 babies ??
lelaki kah ? perempuan kah ?

Owwhh,mulalah buat calculation budget sikembar..preparation nak sambut 2 orang baru dalam keluarga Encik Azhar dan Puan Zura ni.. hihihi
Mujur awal-awal dah tahu kembar.tak adalah terkejut,terpinga-pinga dan kelam-kabut
at the end to deliver..

sentiasalah bersangka baik semoga dipermudahkan olehNya.
Saat itu,ibu mulalah berteman dengan cik google explore satu persatu blog orang nak tahu lebih terperinci tentang segala-galanya pasal kembar ni.Salah seorang kawan facebook recommended join group kembar.Disitulah banyak telah dikongsikan oleh pengalaman-pengalaman dari ibu-ibu kembar itu sendiri sebenarnya.
Special thanks a lot to all mommies group DK with their good info how to take care and handle the twins.. *^,^



 

Alhamdulillah.. ' positive ' :)

Dah 5 hari lewat kedatangan 'period'..adakah..??
hrmm,,musykil..hatiku berkata x mungkin sbb selama ni selalu berharap
tapi hasilnya tetap 'negative'..so,reset minda ni jangan terlalu beriya-iya nanti akan hampa.. :(
amirul hakim semakin hari semakin bertanya bila dia akan memiliki 'ADIK'..
sejak mengunjungi Baitullah,bersama insan-insan tersayang ayah & mak mentua serta suami yg amat dikasihi ibu rasa bagaikan ada sesuatu yg tidak diketahui seolah-olah telah 'terpilih' oleh Allah..

amirul hakim nak adik,ibu hanya meminta pdnya utk bersabar dan mengajaknya berdoa sekali
memohon pd Allah..bila abg.hakim berdoa..entah apa yg diminta pd pencipta ibu pun x tahu..kemudian diciumnya perut & pipi ibu.ibu hny memerhatikan saja tingkah lakunya.
ternyata dia anak yg bijak,bijak memikirkan sesuatu yg diluar jangkaan ibu..
hasratnya nk 'adik kembar empat'..ibu hny tersenyum je..mana mungkin ibu boleh dapat kembar empat..hhhrmmm..bg ibu dapat satu pun ibu sgt bersyukur..
Pada pagi yg tenang tu..ibu mula buat urine test dgn alat penguji kehamilan..
biarkan 1 minit,ibu tutup mata x nak tengok...ibu cuba juga mengatakan 'ada'
in shaa Allah 'ada'..ibu pasti 'ada' khas utkmu..

Ye..perancangan Allah begitu hebat sekali.. :')
Ya Allah,apakah ujianMu ini..Maha suci Engkau ya Allah yang Maha Berkuasa apa yg ada dilangit dan dibumi..keputusan menunjukkan 'positive' :') 

En.somi antara yg paling happy :D 
bila ibu beritahu ayah sambil tunjuk cassette urine test
dia apalagi trs peluk ibu dengan erat... [wahhh,,betul-betul rs disayangi..ngeee ~ ;)]
wokeh,x nak teruja sangat mesti check doctor dulu mcm manakan..pd hari tu ibu dibawa jumpa
Dr.Rahimah.
bila tiba giliran dengan memberi salam pd doctor yg ibu sanjungi tu senyum..sambil tunjuk cassette doctor buat scan..Alhamdulillah..confirmed !
ibu telah hamil !!! hamilkan adik utkmu sayang.. [sujud syukur]
:')))))))

Monday 23 September 2013

Rezeki ada di mana-mana...



Tazkirah oleh:
Ustaz Don Daniyal
Alhamdulillah syukur
InshaAllah.
Rezeki ada di mana-mana. ...


 Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.


 Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


 Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


 Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
 
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
 

 Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. . Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
 


c/p: Heliza Helmi fb fans page
[sharing is caring] ;)


Saturday 26 January 2013

My First Day School

:: My First Day School at GENIUS AULAD ::
 
 
Puas Ibu survey kebanyakkan tadika..diantaranya JAIM,PASTI,Q-Dees,Brainy Bunch,
Little Caliph..Smart Reader..etc..tp,GENIUS AULAD telah menawan hati ibu..
Bukanlah Tadika lain x bagus..bagus juga..Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk..
sama sekali tidak terlintas dihati ibu ni..Apa yg ibu 'NIAT'
ibu nak yg terbaik buat anak ibu Amirul Hakim,untuk Ibu & keluarga..
Antara asbabnya,ibu mudah berjumpa dgn Mak [nenek].tadika abang hakim pula
dkt dgn rumah nenek.so,mudah bg ibu utk jenguk-jenguk mak..
Sesi pagi,abang belajar..ibu akan ke kelas mengaji Al-Quran..
dan setiap pagi jumaat ibu akan ke pusara ABAH [atok].
Ayah suka dgn perancangan ibu aturkan..ayah tanya ibu,larat ke
nk hantar abang hakim ke school...? Demimu sayang..ibu sanggup..In Sha Allah,
Ibu selalu juga berdoa minta diberi kesihatan tubuh badan supaya
ibu tetap menjadi 'Driver' yg setia utkmu...
ayah terus daftarkan abang ke GA...Alhamdulillah..
Say Thank You kt ayah sbb ayah sgt bertanggungjawab dengan
AMANAH yg Allah berikan ni..Ayah & Ibu sayang sangat kt abang amirul hakim..
Abang adalah 'anak amanah dr tuhan sayang..'
Kelak abang dewasa,abang akan pasti berfikir..kenapa Ayah & Ibu sanggup berkorban...
demi masa depan mu...
 
"ANAK PINTAR SOLEH"
 
 
 
First Day school: 7/01/2013 - 4 yrs class
Ayah & Ibu hantar abang hakim ke school..Ibu teruja sgt sbb abang dah lama tunjuk minat
nk belajar sejak dirumah lagi..dirumah ibulah yg ajar abang Alif,Baa,Taa...ABC..123..Doa..etc
 
 
Alhamdulillah..sejuk mata ibu lihat..
Bag yg abang bawa tue..umpama 'Harapan & Doa' Ayah & Ibu sayanggg...
 
 
wajah abang hakim nampak cool jer..
 
 
 
ni lah class abang hakim..4 al-basrah
 
 
Masa ni sesi teacher pujuk-memujuk friend abang menangis sbb takut nk pergi school..hehehe.. ;)
abang masih nampak relax & cool je...
 
 
Bila ibu tgk pic ni..hati ibu sgt2 tersentuh..betapa syukurnya ibu..ibu mempunyai
saham akhirat...abanglah 'saham' ayah & ibu kelak di akhirat..
 
` Khalifah's Pledge`
I am a Muslim
I am the khalifah of Allah
I must make myself become a good person
I must help other people become a good people
I must help the world become a good world
I must be a good khalifah of Allah
 
 

Line up..teacher akan bawa turun..
 
 
 
 
 
dekat sini meeting point..
 
` Daily Pledge `
I am content that Allah is my God
Islam is my religion
Muhammad s.a.w is my prophet and messenger
Quran is my Imam
Ka'abah is my Qiblat
and Muslams are my brothers
 
seronoknya,dpt jumpa semua teachers & friends 4,5,6 yrs old..
yg paling best sekali..when everybody sing together..
bila parent mesti tinggalkan child..babak tu,hati ibu pilu..
abang hakim nangis sbb ayah & ibu mesti tinggalkan abang kt situ..
teacher close the door,ibu nampak abang menjerit panggil ibu...pastu,
ibu nampak abang ketuk-ketuk cermin..alahaiii..kesiannyer... :')
 
 
Masa balik,aikk dah x nangis dah..??
Abang hakim cerita kt ayah tentang school bestttt.. :)
 
Alhamdulillah...